Alhamdulillah.. sumbangan tuan dan puan telah membantu perjalanan kami sejauh ini. Fasa 1 pembinaan telah siap dan dicat, namun pembinaan Fasa 2 iaitu Dewan dan Surau masih memerlukan bantuan anda. 


Alangkah ruginya kalau hanya separuh sahaja bangunan yang siap dibina dan yang lain tidak dapat diteruskan kerana kekurangan bajet . Kami masih perlukan rakyat Malaysia untuk terus membantu demi membangunkan  pusat tahfiz yang akan melahirkan ramai agamawan di tanah air kita. Bukan itu sahaja, pusat tahfiz ini juga akan memanfaatkan penduduk sekeliling Taman Permas Jaya ini apabila sudah siap kelak.


 ...

Melakukan amal kebajikan, infaq atau sedekah adalah cara Allah (SWT) mendidik hati manusia supaya disucikan daripada perasaan tamak dan sombong .  Bersedekah adalah amalan akan memberi perlindungan dan rahmat ketika kita menghadap Allah di akhirat sana.                          


ini merupakan contoh sijil infaq  yang akan dikeluarkan oleh pihak kami


LATAR BELAKANG PROJEK WAKAF

Sebelum pembinaan Sekolah Tahfiz Al-Ansar, anak-anak maahad ini menumpang belajar di Surau Al-Ansar. Seperti tuan dan puan dapat lihat, keadaaan surau ini tidaklah kondusif untuk tujuan pembelajaran secara beramai-ramai. Untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai kami amat memerlukan kawasan tempat pengajian dan penginapan yang lebih selesa serta selamat.

 ...

Sekolah Tahfiz Al-Ansar adalah sebuah sekolah yang dibina 100% atas tanah wakaf yang diberi izin oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan kebenaran pembinaan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru pada tahun 2019.


Berikut merupakan sijil-sijil kelulusan dari pelbagai pihak untuk pembinaan Sekolah Tahfiz Al-Ansar.


  

Projek wakaf ini adalah sebahagian dari agenda utama bagi melengkapkan pembinaan Pusat Komuniti Islam Permas Jaya.
Sekolah ini bertempat di 49, Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.

CADANGAN PEMBINAAN

Sekolah ini menjadi 'jantung utama' bagi program kemasyarakatan di Pusat Komuniti Islam Permas Jaya.

Kompleks ini binaannya terdiri daripada :

FASA 1   (Alhamdulillah telah siap)   ✅✅

i) SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN  ✅ ✅✅

ii) ASRAMA TAHFIZ AL-QURAN   ✅✅✅


FASA 2:  (Projek sudah 63% siap, memerlukan lagi RM300,000)
i) DEWAN KULIAH
ii) SURAU


FASA 3 : (baru bermula)
i) RUANG RUMAH KEDAI
ii) TADIKA



Gambaran binaan siap Kompleks Sekolah Tahfiz Al-Ansar


PERKEMBANGAN TERKINI PROSES PEMBINAAN


Fasa 1 (bangunan sekolah dan asrama) telah siap sepenuhnya. ~Alhamdulillah
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA



Alhamdulillah,  Dewan Serbaguna Fasa 1 telah dijadikan surau sementara dan telah diguna pakai oleh penduduk di sekitar sini.

Di surau sementara inilah kami menunaikan solat fardu dan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan yang lalu.  Hasil sumbangan orang ramai, surau sementara ini telah berjaya memudahkan penduduk sekitar untuk beribadah.


PERKEMBANGAN PROSES PEMBINAAN FASA 2


*Update terkini bagi binaan fasa dua (January 2023)

Struktur Fasa 2 iaitu bahagian surau dan dewan kuliah dalam proses simen.


PERKEMBANGAN PROSES PEMBINAAN FASA 3

(Rumah Kedai, Tadika dan Pejabat)

*Update terkini bagi binaan fasa 3 (Jun 2022 - January 2023)



-->Bangunan lama yang sudah dirobohkan dan dibersihkan. Proses memasang beam sudah dimulakan di Fasa 3



SETIAP SUMBANGAN ANDA BOLEH DIGUNAKAN BAGI MENDAPAT  PENGURANGAN CUKAI LHDN DAN

DIBAYAR SEBAGAI ZAKAT


- Setelah membuat pembayaran, anda akan menerima resit beserta no rujukan LHDN

(LHDN.01/35/42/51/179-6.8566)

- atau hubungi pihak kami untuk urusan pengurangan cukai dan zakat




AYUH TUAN PUAN. JOM MENYUMBANG 
Demi menyiapkan pusat tahfiz. Di sini akan lahirnya pelapis pimpinan negara buat masa depan

Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan , pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

 

+ PAKEJ TAJAAN A - RM 300

+ PAKEJ TAJAAN B -  RM 200 

+ PAKEJ TAJAAN C -  RM 100 

+ PAKEJ TAJAAN D - RM 50 

+ PAKEJ E SEIKHLAS HATI - RM 10


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

 Nama: Tabung Pembinaan Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar

Bank: Affin Bank 105730007676

Letakkan reference  "Al-Ansar"   untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui"
- Surah Al Baqarah : 261


Penafian

Sumbangan anda akan diagihkan kepada fasa pembinaan serta menampung kos pengurusan.

       Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan sumbangan, pengurangan cukai dan zakat sila hubungi : 

i) Admin:  +60 11-1334 4115  (Ahad-Khamis 8 am - 5 pm)
ii) Pengerusi:  +60 12-714 4252  (Jumaat - Sabtu)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG AL ANSAR RM300
TABUNG AL ANSAR RM200
TABUNG AL ANSAR RM100
TABUNG AL ANSAR RM50
TABUNG AL ANSAR RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

TABUNG PEMBINAAN SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR
sekolahtahfizalquranalansarpj@gmail.com
+6073870196